Tuesday, April 25, 2017

PENUBUHAN PENGAKAP SKPKJP

Tahniah buat julung kalinya pasukan beruniform Pengakap SKPKJP ditubuhkan secara rasmi dan berdaftar.

Pasukan ini terdiri daripada murid Pendidikan Khas Pendengaran tahap 2 yang terdiri daripada tahun 4,5 dan 6.

Melalui penglibatan murid didalam pasukan beruniform khususnya Pengakap dapat melatih dan mendidik peribadi yang positif kedalam diri murid. Selain daripada penglibatan dalam akademik murid pendidikan khas juga diberi hak yang sama didalam aktiviti kokurikulum.

Melalui aktiviti pengakap, murid SKPK Jalan Peel dapat secara langsung dan tidak langsung nilai nilai murni didalam aktiviti kepengakapan selain daripada mempelajari ilmu ilmu pengetahuan baru yang berguna dan boleh digunakan untuk kehidupan seharian.

Murid juga dibimbing dan dilatih menjadi seorang pemimpin didalam kumpulan dan menjadi harapan dan aset kepada Negara satu hari ini.

Kita doakan pasukan batch pertama ini menjadi kumpulan pasukan Pengakap yang menjadi perintis kepada unit beruniform yang lain.

SEMOGA MAJU JAYA.

- BUAT HABIS BAIK - !!!!